Informasi & Semakan - Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 Untuk Peniaga di Sabah - Kerjaya Harian

Breaking

Wednesday, December 2

Informasi & Semakan - Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 Untuk Peniaga di Sabah

 


Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada peniaga dan penjaja di Sabah dalam Belanjawan 2021.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Geran Khas Prihatin RM1,000 Untuk Penjaja Dan Peniaga Sabah Yang Terjejas

Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada penjaja dan peniaga di Sabah yang terjejas ekoran kekurangan kehadiran pelancong ke negeri dibawah bayu akibat COVID-19.

Geran Khas Untuk Pemandu Teksi, E Hailing, Kereta Sewa Dan Pemandu Pelancong 

Ketika membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di negeri Sabah.

Pengecualian Levi Tabung HRDF Selama 6 Bulan

Pada pembentangan belanjawan juga, beliau turut mengumumkan pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan pada 1 Januari tahun depan selama enam bulan.

Menurut beliau, pengecualian ini meliputi sektor pelancongan terutamanya di negeri sabah membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat serta sektor pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.

SEMAKAN SYARAT UMUM KELAYAKAN
  • Mempunyai lesen perniagaan yang
  • Pemohon hendaklah seorang rakyat Sabah
  • Pemohon merupakan pengeluarkan produk/memberi perkhidmatan
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai minat dan komitmen dalam perniagaan
  • Mempunyai bukti pendaftaran sebagai pemandu teksi, e-hailing dan kereta sewa
  • Syarikat dalam sektor pelancongan yang berdaftar secara sah

SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON
  • Pemohon hendahlah rakyat Negeri Sabah.
  • Usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan pelancongan.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang berdaftar dengan mana-mana agensi.

Sumber: bharian.com & Semakanstatus.com

No comments:

Post a Comment