I-sinar: Panduan Membuat Permohonan I-sinar Kategori 2 - Kerjaya Harian

Breaking

Monday, January 11

I-sinar: Panduan Membuat Permohonan I-sinar Kategori 2

 


Kali kami akan berkongsi Panduan Membuat Permohonan I-sinar Kategori 2. Jika anda sudah pernah memohon Kategori 1  dan permohonan sedang di proses anda hendaklah memuat naik dokumen sokong melalui semakan status permohonan.


Panduan Mohon I-sinar Kategori 2


1. Masuk ke website rasmi I-sinar, rujuk pautan berikut: https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request-category-2


2. Seterusnya pilih Kategori 2 dengan menekan Tidak untuk Kategori 2. Jangan salah pilih kategori.

.


3. Masukan nombor kad pengenalan anda lalu masukan kod nombor telefon contohnya 013, 010, 019 dan dll. Seterusnya masukan sambungan nombor telefon anda lalu klik teruskan. 


4. Periksa berapa amaun yang anda layak untuk dikeluarkan sila gerakan 0 atau + untuk memilih jumlah yang akan dipohon. Sekiranya ingin memohon  semua amaun yang layak dipohon tarik 0 sampai hujung.

.

5. Set jadual pembayaran anda, pilih amaun berapa yang anda hendak keluarkan pada bulan pertama dan bulan seterusnya. Sila tekan 0 atau + untuk memilih amaun.


6. Periksa atau isi maklumat permohonan diruangan yang disediakan. Lalu anda masukan maklumat pembayaran anda dan tekan teruskan.



7. Anda hendaklah memasukan maklumat pengurangan pendapatan anda dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.


8. Semak semua maklumat lalu tandakan tick sebelum tekan hantar. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment