Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Bermula Pada 7 Ogos 2020 - Kerjaya Harian

Breaking

Thursday, July 30

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Bermula Pada 7 Ogos 2020


Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) Bermula Pada 7 Ogos 2020

Pembayaran BSH fasa 3 telah bermula pada 24 Julai 2020

Manakala tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Berikut proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH.

Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada umum bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Namun rayuan ini tidak layak sekiranya anda tidak memenuhi syarat permohonan BSH. Antaranya:
  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Bagi anda yang telah membuat permohonan rayuan, anda boleh semak status permohonan / kelulusan BSH anda di portal rasmi Bantuan Sara Hidup.

Layari https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx dan hanya masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.



Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Sekiranya ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  3. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  4. Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak mestilah:
  1. Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  2. Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  3. Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  4. 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  5. OKU

Permohonan Rayuan BSH 2020



Sekiranya anda memenuhi syarat di atas namun gagal semasa pendaftaran Fasa 1 & 2 sebelum ini, anda boleh membuat permohonan rayuan semula.

Ketika pemberian BR1M tahun lepas, permohonan rayuan hanya untuk lima golongan berikut:
  1. Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  3. Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  4. Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  5. Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Untuk BSH kami masih menunggu pengumuman rasmi senarai layak membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2019 / 2020.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH di sini.

No comments:

Post a Comment