Cara Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 - Kerjaya Harian

Breaking

Sunday, January 17

Cara Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

 


Cara Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021



Artikel pada hari ini bawakan khas panduan atau cara mudah untuk anda kemaskini maklumat anda dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kaedah yang boleh anda gunakan, pada siapa yang perlu anda maklumkan semuanya ada disini,


APA ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?


Untuk pengetahuan anda bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) telah diberi nama baru iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan kewangan ini diumumkan oleh kerajaan Malaysia melalui belanjawan 2021.


Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka.


Terkini seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2021, Isi rumah berpendapatan RM2,500 

1 orang anak RM1,200

2 orang anak atau lebih RM1,800


Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000 

1 orang anak RM800

2 orang anak atau lebih RM1,200

Bujang berpendapatan <RM2,500

21 tahun ke atas RM350


KWSP turut membenarkan pengeluaran akaun 1 RM500 setiap bulan di samping RM500 dari akaun 2 i-Lestari.


BPR diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.


KENAPA ANDA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BPR ANDA?

Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BPR seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak.

Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini

Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BPR dapat dilaksanakan dengan mudah.



CARA MUDAH KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 ONLINE


Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BPR iaitu:

Kaedah secara dalam talian (online)

Kaedah menggunakan borang manual

Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat.


KEMASKINI BPR SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Sila klik pada pautan ini untuk mengemaskini maklumat anda https://bpr.hasil.gov.my


Untuk kemaskini maklumat dan Permohonan Baru secara online. Anda perlu log in menggunakan id pengguna dan kata laluan yg anda telah daftarkan semasa mendaftar BSH.


Dan anda perlu upload dokumen sokongan bagi permohonan baru anda perlu mendaftar dahulu untuk log in.



KEMASINI BPR KAEDAH BORANG (MANUAL)

Borang manual kemaskini maklumat BPR boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BPR Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan.


PERMOHONAN BARU/KEMASKINI.

Baru berkahwin/Perceraian/ibu/bapa tunggal yg mempunyai tanggungan/kematian pasangan/tambahan tanggungan/anak/keluarkan anak dr tanggungan/mempunyai anak tak berkahwin/anak angkat yg setaraf.


1) IC SUAMI ISTERI

2) SIJIL KAHWIN/SIJIL PERCERAIAN/KEMATIAN PASANGAN.

3) SIJIL LAHIR ANAK(17thn kebawah dan 18thn-20thn yg masih bersekolah/belajar IPT/tidak bekerja dan tiada pendapatan

5)  SIJIL LAHIR ANAK ANGKAT

6) AKAUN BANK SUAMI ISTERI dan salah seorang pasangan mempunyai akaun bank/kedua dua pasangan yg tiada akaun.

7) No Hp terkini.


Bujang OKU 18thn-59thn Dan Bujang 21thn-59thn/ibubapa tunggal/balu/janda/duda yg tidak mempunyai anak

1) ic pemohon

2) ic waris

3) sijil kematian pasangan

4) sijil lahir anak angkat

5) akaun bank

6) no hp terkini


Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat terbaru kemaskini secara manual ini.



KESIMPULAN

Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat memudahkan urusan anda dan menambah pengetahuan anda dalam mengendalikan status Bantuan Prihatin Rakyat anda.


Sebarang maklumat baru akan pendaftaran baru untuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.


Tarikh TUTUP 15HB Feb 2021


Terima kasih kerana terus bersama kami



No comments:

Post a Comment