BPN 2.0: Cara Membuat Semakan Status Pembayaran BPN Fasa 2 Di Bayar 21 Januari 2021 - Kerjaya Harian

Breaking

Wednesday, January 13

BPN 2.0: Cara Membuat Semakan Status Pembayaran BPN Fasa 2 Di Bayar 21 Januari 2021

 


Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa bayaran Fasa 2.


Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan.


BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu. Inisiatif⠀⠀

BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.⠀⠀

⠀⠀⠀

Secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 billion setakat ini. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.⠀⠀

⠀⠀

Cara Semak Status BPN2.0 Fasa 2

Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Berikut merupakan langkah untuk membuat semakan:
  1. Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my
  2. Kemudian, Masukkan nombor IC anda
  3. Seterusnya, Isi kod captcha yang diminta
  4. Akhir sekali, Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan.


Hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566

LHDNM:
1-800 882 747 / 03-8911 1000

No comments:

Post a Comment