RASMI: Panduan Membuat Permohonan Bantuan Kewangan Berjumlah RM 700 - Kerjaya Harian

Breaking

Sunday, January 3

RASMI: Panduan Membuat Permohonan Bantuan Kewangan Berjumlah RM 700



 Kerajaan yang dipimpim Tan Sri Muhiyydin Yassin telah menyediakan mySalam sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat  mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.


Apakah Syarat Memohon MySalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup:

1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun

2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;

3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun


Manfaat Kategori BSH


Penerima Bantuan Sara Hidup yang didiagnos mempunyai salah satu penyakit kritikal daripada 45 penyakit akan menerima Pembayaran tunai Rm 8,000 secara tunai. Untuk Melihat senarai 45 penyakit yang layak mendapat bantuan ini boleh rujuk pautan berikut:

https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM



Jika Dikuarantin Atau Positif Covid-19

Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.



Cara Membuat Permohonan


Sebelum membuat permohonan anda perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu jika anda layak barulah teruskan membuat permohonan.

Untuk membuat Semakan sila rujuk pautan diberikut.


  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. Masukan kad pengenalan tanpa(-)
  3. Klik semak
  4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.


Jika anda layak anda boleh terus membuat permohonan iaitu ada dua cara memohon secara online ataupun secara manual. 

Untuk membuat Permohonan rujuk pautan berikut.


Cara Pertama Membuat Permohonan Secara Online


1. Log masuk ke 

https://www.mysalam.com.my/b40/public/
2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
4. Sila kemaskini profile anda.
5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
6. Klik hantar.
7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.



Cara Kedua Membuat Permohonan Secara Manual


1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda. 


Sebarang pertanyaan sila hubungi Telefon 1-300-88-8938 ataupun melalui email mySalam info@mysalam.com.my .

No comments:

Post a Comment