
Kerajaan telah mengumumkan bahawa setiap individu yang dikuaratin ataupun disahkan positif Covid-19 serta berpendapatan rendah dan tergolong dalam kumpulan B40 boleh menerima RM 50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.
Apa itu mySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Syarat Kelayakan Memohon MySalam Covid-19
1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun
2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
Kategori BSH
Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Cara Semak Kelayakan MySalam
- Layari www.mysalam.com.my
- Masukan kad pengenalan tanpa(-)
- Klik semak
- Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.
- Pesakit Positif Covid-19
- Disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
- Disyaki Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
- Tarikh masuk wad / mula kuarantin
- Tarikh keluar wad / tamat kuarantin
- Nama hospital / premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
- Kad pengenalan (depan & belakang)
- Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
- Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
No comments:
Post a Comment