
Semakan iLestari KWSP boleh dibuat secara online di portal rasmi KWSP.
Perhatian, berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP.
Untuk makluman, program di bawah i-Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online, emel atau pos bermula 1 April 2020.
Pembayaran pertama akan dibuat bermula 4 Mei bersama-sama dengan BPN fasa 2.
Pembayaran kedua telah pun masuk ke akaun masing-masing awal Jun.
KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru / semakan status permohonan.
Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my
Jadual Pengeluaran i-Lestari
Berikut tarikh-tarikh pengeluaran i-Lestari terkini seperti yang terdapat di portal rasmi KWSP.

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).
Semakan Online tiada kena mengena dengan mana-mana agensi Kerajaan di Malaysia.
Kami hanyalah blog informasi yang menyediakan maklumat lengkap berdasarkan fakta yang diperoleh dari portal rasmi Kerajaan.
Soalan Lazim i-Lestari KWSP
Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.
Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).
Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.
Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.
Bayaran akan mula dibuat pada Mei 2020.
Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
Ahli perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my
Semakan Status iLestari
Untuk semakan status permohonan i-Lestari, sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my
No comments:
Post a Comment